Saturday, December 15, 2012

Usaha lagi. . yeah yeah yeah

Hai alls. .salam sejahtera salam satu Malaysia. .

Ada baca  tak entry daku yang lepas tentang kehamilan. .Jeng Jeng Jeng . Ternyata rezeki belum lagi berpihak kepada kami berdua . .setelah check UPT naik double line yang samar-samar. . hurm, Cik P tetap datang pada keESOKan harinya. . agak pelik disitu. . 3 hari je period sama seperti bulan lepas. . tapi daku berserah sahaja sebabnya rezeki ni tuhan yang tentukan. . betul tak. . kita hanya mampu merancang dan berusaha. .

so, sekarang ni dah masuk hari ketiga, daku mengambil JUS PERAWAN sebabnya kebanyakkan testimoni produk nie, mengatakan bahawa ia membantu pasangan yang ingin mendapatkan zuriat InsyaAllah disamping merapatkan lagi hubungan suami isteri. . wah wah. . tak sabar nak tengok perubahan. . wink wink. . di sini daku share jugak lah khasiat jus nie yer. . 

Khasiat Juice Perawan D'Herbs :

  • Merawat masalah keputihan & haid yang tidak teratur.
  • Menaikkan tulang punggung & payudara wanita agar lebih montok & anjal.
  • Menyuburkan rahim & peranakkan wanita ( baik untuk wanita yang sukar mendapatkan zuriat).
  • Menegang & mencerahkan kulit.
  • Melambatkan proses monopous.
  • Memberikan tenaga dalaman wanita.
  • Meningkatkan sistem imunisasi.
  • Mengurangkan senggugut.
  • Menambahkan keinginan seksual wanita & mengeratkan hubungan suami isteri
  • Sesuai untuk gadis & wanita yang sudah berumahtangga
cumanya ada sedikit keresahan yang terbit di benak hati ni. produk ni tak sesuai untuk wanita hamil. . jadi risau juga mana tahu rupanya dah lekat cumanya kita sahaja yang tak perasan kan. makanya daku pun berbincang dengan beberapa orang teman. mereka mencadangkan berhenti terlebih dahulu apabila waktu subur tiba nanti. maklumlah produk ni kan untuk mengintimkan hubungan suami isteri. . wallahualam. .

dalam masa yang sama, aku sebenarnya telah menyediakan plan b. .wink wink. . apakah plan itu? u all pernah dengar produk SHAKLEE tak? agar popular sebenarnya SHAKLEE ni. .mempunyai pelbagai set. untuk suami siterilah, berpantanglah, hamil lah, menyusulah dan sebagainya.berpandukan cadangan kakak iparku. aku pun telah order yang trial pack (sebulan):

set A ( kesihatan optimum): (cadangan kakak ipar)
-Vita-lea
-B-complex
-Vitamin C

set N (suami-isteri) (kehendak naluri sendiri)
-vitamin E
-Alfafa 

okelah semua. . khasiat vitamin-vitamin ni semua akan ku kongsikan padaentry akan datang

cetusan idea Scya J

No comments: