Tuesday, December 4, 2012

. .Penantian itu Menyeksakan. .

Selamat petang semua. .  Dengan mood baru, daku memulakan madah pada hari ini. . agak kebosanan, sementara menanti en suami pulang untuk berehat dari kerja. perut dah krok krek. . habis sebalang keropok ku kerjakan. mata duk menjeling je nasi ayam kat atas meja nuh. . haishh. . sabar-sabar. . . jom ambil mood dahulu tengok gambar ni. .


     
                                                   embrio-4 minggu
                sel bola membelah menjadi embrio & plasenta.
tabung saraf bayi, blok struktur badan, otak tulang belakang dan tulang punggung telah terbentuk.
kantung ketuban dan cairan sebagai pelindung terbentuk untuk bayi anda.  



mengapakah? apakah?. . jeng jeng jeng. .  sila jangan salah faham ye. daku belum hamil lagi memandangkan UPT menunjukkan result yang negatif semalam. namun, seharusnya harini Cik P telah datang. (mengedik membazirkan UPT yang sedia ada di rumah)  tak pe tak pe. .  wait & see je lah. .  kemon la jijah. .tak mau sedih sedih. . 

by the way, tipulah kan kalau daku cakap daku tak terfikir pasal mende ni kan. . dua kali miscarriage, amatlah menyentap hati seorang ibu (para ibu yang MC je ye yang memahami, yang lum kahwin tak faham kot sebab leh salahkan kita lasak2). . tapi, daku dah redha dengan qada & qadar. . jadi sekarang, sedang menunggu rezeki yang seterusnya. almaklumlah, penganggur terhormatlah katakan. sementara menunggu panggilan interview dari SPP, apa kata kita bereksperimen lagi kann. . hehehe

sejak dari last period yang lepas 8 November (datang 3 hari je), aku mula terangan-angan la kan, kononnya aku sedang mengalami proses untuk hamil. makanya, dengan suka hati, aku menggunakan hp ku menggodeh2 play store. . mencari2 pregnant aplication. . haa. . hambikk. . antara software yang ada dapat detect berapa minggu kandungan kita berdasarkan last period. .bila seharusnya kita due. . bagaimana tumbesaran bayi setiap minggu. .  apa yang harus kita lakukan setiap minggu. .  memang syiok melayannya. . ngehngehngeh. .

so, harini adalah genap minggu ke 4 aku ber'eksperimen'. (dah tak ada kerja). . jadi bosan-bosan, aku pun apa lagi search je la tentang diet seimbang sehingga la aku terjumpa artikel dari suatu blog tentang pregnancy yang menyatakan bahawa, hanya wanita bertuah sahaja yang dapat mengesan kehamilan seawal 4 minggu. .apatah lagi kalau lebih awal daripada minggu itu. patutla UPT pun asyik negatif je. . (sebelum ni, check bila period lewat je sebab terlalu sibuk sampai tak ada masa nak memikir pun. .sekarang ni, asyik tertunggu-tunggu je)
 
 nah baca la ye. . :)

Kehamilan usia 4 Minggu

1. Mungkin anda berasa tiada perubahan langsung

2. Mual dan muntah dalam masa terdekat

3. Kembung perut dari hormon kehamilan iaitu progestron

4. Kram dan pendarahan ringan. Masih normal kerana bayi menimplankan dirinya ke dinding rahim anda.

5. Perubahan mood yang disebabkan hormonberfluktuasi. Paling ketara berlaku selama 12 minggu pertama


Sentiasa berdoa agar dikurniakan zuriat soleh & solehah. . InsyaAllah amiin. . 
cetusan idea Scya J

No comments: