Sunday, November 25, 2012

Apakah Ini Suatu Petanda


Hye all peeps~Assalamualaikum dan Selamat Petang, Salam Satu Malaysia. (Jeng Jeng Jeng) 



Tengok gambar intro dulu. . Apakah?




Boleh tahan kan pix yang aku upload dari internet. sorry madam, curik gambar u, comel sangat. . hehe. dengan perut membongak ke langit. makanan yang kelihatan menyelerakan. Aku bukan apa, sejak dua menjak ni perasaan untuk menjadi ibu muda semula semakin membuak-buak, tak boleh nak tahan. Semuanya gara-gara periodku baru-baru ini hanya selama 3 hari. Jadi mulalah aku menaruh harapan yang kemungkinan besar aku telah hamil walaupun period.

Kalau ikutkan kitaran period yang terbaru.

Oktober    : 12/10/2012-17/10/2012
November : 8/11/2012-10/11/2012

Kemudian, pada 13/11/2012, family aku datang ke rumah, dan untuk meraikannya, aku telah melantak durian sepuas-puasnya. dan-dan tak sampai berapa minit kemudian, aku sakit perut & apa yang aku nampak ada spot berwarna coklat pudar. hem, aku ambil mudah je. dengan anggapan maybe balance period yang tak habis keluar. dan benda tu tak berlarutan pun. sekali tu je keluar.

tapi kan, dari hari ke hari, aku tak tahulah kenapa, perasaan aku yang kononnya sedang mengalami proses untuk menjadi seorang ibu membuak-buak berdasarkan beberapa simptom tanda-tanda awal kehamilan. puas aku google, tapi aku masih belum berani untuk beli UPT kerana adakalanya perasaan yang teramat sangat untuk menjadi ibu akan mempengaruhi hormon badan. Thats why, bila berlaku begitu, kita akan rasa yang kita sedang mengandung. betul tak?

Antara simptom-simptom awal kehamilan yang aku google kan:


1. Payudara membengkak / terasa sakit Antara petanda awal kehamilan ialah payudara anda menjadi sensitif atau membengkak disebabkan oleh pertambahan hormon. Payudara membengkak bukanlah bermaksud ianya membesar tetapi ianya terasa seperti sebelum anda haid. Ketidakselesaan ini akan berkurangan apabila anda memasuki fasa kedua sepanjang kehamilan. Tubuh anda akan mula berubah mengikut perubahan hormon. 

Yang ni aku tak berapa pasti sebabnya, selalu kalau kita nak PMS pun akan ada simptom y no 1 ni kan.  so, aku abaikan je dulu.

2. Rasa lelah yang berlebih / keletihan
Rasa lelah yang berlebih akan membuat Anda cepat tertidur. Hal ini disebabkan dari perubahan hormon dan juga akibat dari kinerja organ-organ vital untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan janin. Biasanya rasa lelah ini hanya pada trimester pertama dan akan hilang saat memasuki trimester kedua. 

kalau ikutkan statement ni, letih & akan cepat tertidur. tapi kalau ikutkan probs aku, sejak dua menjak ni, memang aku susah nak tidur. badan rasa sengal-sengal tapi lepas aku berurut secara tradisional, tidur aku kembali pulih tapi aku mudah terlelap, sebab kepala rasa pening. dunia ni seakan-akan berputar.  rasa macam nak demam tapi tak panas-panas pun badan ni. kepala je berdenyut-denyut.
 
3. Mual / loya / muntah
Ini merupakan tanda-tanda yang paling dikenal oleh para wanita hamil. Pemicunya adalah adanya peningkatan hormon secara tiba-tiba pada aliran darah. Gejala mual ini biasanya terjadi selama enam minggu saat anda dinyatakan hamil. Biasanya mual akan datang pada pagi, siang dan malam hari. Rasa mual ini biasanya akan menghilang memasuki kehamilan trimester kedua. Jika, rasa mual dan muntah masih terjadi pada usia kehamilan trimester kedua, sebaiknya periksakan dan konsultasi mengenai hal ini ke dokter Anda, karena akan mengganggu kehamilan.

mual / loya / muntah . . hurm, aku masih belum sampai tahap nak muntah la, just adakala rasa mual, tapi belum nak keluar lagi. selalunya kalau aku makan nasi kukus, ayam goreng berempah dia punya laa. . perghhhhhh~ tapi sejak menjak ni aku rasa tekak ni sebu nak makan ayam tu. rasa kembang je tekak ni kalau teringat rasa ayam. aiyooo~

4. Lebih sensitif terhadap bauan Jika anda baru hamil, sensitif atau lebih peka terhadap bauan adalah perkara biasa. Mungkin ini adalah kesan sampingan dari peningkatan hormon estrogen di dalam sistem badan anda. Jika dahulu anda menikmati pelbagai hidangan dengan aroma yang mengasyikkan, tetapi apabila hamil anda mungkin langsung tidak boleh menghidu sebarang bau.

untuk bauan, ada masa, aku rasa macam kurang best je duduk kat sebelah husband. walaupun dia bau je mandi. padahal dulu, tiak dia la tempat aku tepek muka aku. yang lain-lain ok pulak. aku juga lebih sensitif. mudah menangis walaupun ketika bergurau dengan suami. rasa marah sangat-sangat.

5. Kembung perut
Oleh kerana perubahan hormon berlaku di awal kehamilan ianya mungkin akan menjurus kepada rasa kembung di bahagian perut, sama seperti rasa ketika hendak datang haid. Kerana itulah pakaian anda akan terasa sendat di bahagian pinggang walaupun uterus masih lagi bersaiz kecil. 

kembung perut ni aku kurang faham. tapi yang aku tahu kadang-kala perut aku rasa sebu. ada masanya berdenyut-denyut la. kenapa erk? aku cerita kat suami, terkekeh dia gelak sebab dia kata dia pun pernah rasa berdenyut-denyut kat perut. . uwarghh~
 
6. Kerap buang air kecil
Apabila anda sudah hamil, anda akan mendapati diri anda kerap ke tandas dalam jangkamasa yang singkat. Kenapa ini terjadi? Ini kerana sepanjang kehamilan jumlah darah dan bendalir dalam badan akan meningkat, ianya menjurus kepada cecair yang berlebihan akan diproses oleh buah pinggang dan akhirnya ke pundi kencing.

Simptom ini biasanya bermula sejak 6 minggu pertama di dalam fasa pertama kehamilan dan akan terus berlaku atau lebih kerap lagi apabila proses kehamilan dan bayi semakin membesar yang memberi tekanan di dalam pundi kencing anda. 
 
ini juga adalah salah satu simptom yang melanda aku. yelah tak habis-habis nak ke toilet. sekali buang, macam dah kena tahan seharian punya banyaknya.

7. Sakit kepala
Memang terdengar aneh, karena sakit kepala sering dialami juga oleh orang yang tidak hamil. Namun akibat dari banyaknya perubahan hormon di dalam tubuh, sehingga disertai juga dengan perubahan hormon yang ada di kepala. Jika Anda terbukti hamil dan mengalami sakit kepala, gunakan pg-safe acetaminophen dibandingkan dengan ibuprofen.

ya! seperti yang telah ku ceritakan di atas, kepalaku selalu berdenyut-denyut. tapi tidak demam. itu juga salah satu yang menyebabkan aku rasa letih.


9. Kram
Memang kram akan dialami oleh wanita hamil karana rahim yang akan membesar dan merenggang untuk menyiapkan tempat bagi bayi Anda. 

adakalanya rasa tidak begitu selesa di perut.
 
10. Ngidam
Sudah tidak asing lagi mendengar kata ini saat ada seseorang yang sedang hamil. Mau ini, mau itu lalu tiba-tiba Anda ingin makan buah-buahan yang rasanya asam, padahal sebelumnya sangat benci terhadap buah yang rasanya asam. Jika Anda menjadi pemerhati masalah makanan, mungkin ini adalah tanda-tanda sedang hamil.

tak mengidam apa, cuma selera makan aku bertukar seperti gergasi. kemudian, belum tiba waktu makan, perut aku akan pedih lapar sangat. huishhh. . .sampaikan 2 3 pagi perut pedih mintak di isi.
 
11. Peningkatan temperatur tubuh
Jika terjadi kehamilan atau ovulasi, maka suhu tubuh ibu akan meningkat. Kondisi ini akan bertahan selama terjadinya kehamilan. Kondisi ini tidak akan turun ke kondisi sebelum terjadinya ovulasi.

12. Bau Badan 

Mungkin tanda ini jarang ditemui pada wanita hamil. Namun jika memang muncul bau badan, maka adanya peningkatan hormon yang berlebih sehingga menyebabkan kelenjar keringat meningkat.

13. Pusing atau pingsan 

Mungkin Anda sering menonton adegan wanita hamil yang pingsan. Namun faktanya ini dapat terjadi karena kadar jumlah gula di tubuh yang rendah. Oleh karena itu, pastikan anda cukup makan dan tentunya banyak minum supaya tidak kekurangan cairan tubuh.

14. Munculnya darah 

Darah ini muncul sebelum menstruasi yang akan datang, biasanya terjadi antara 8-10 hari setelah terjadinya ovulasi. Darah ini disebabkan oleh implantasi atau menempelnya embrio.

15. Keputusan positif oleh alat ujian kehamilan

Kebanyakan alat ujian kehamilan tidak begitu sensitif untuk mengesan kebanyakan kehamilan selepas seminggu tidak datang haid. Jadi, jika anda mengambil keputusan untuk mencubanya pada minggu pertama haid tidak datang dan mendapat keputusan yang negatif, anda mungkin ingin mencubanya semula selepas beberapa hari.

herm. . mungkin aku terlalu teruja untuk menjadi ibu. disebabkan itu, hormon badan pun mengganggu. tapi tak apa, aku akan tunggu sehingga kitaran period yang seterusnya. semoga rezeki kami berdua tiba jua. .InsyaAllah . . doa-doakan lah yerk.. 

cetusan idea Scya J



cetusan idea Scya J

4 comments:

Zurina Hj.Zainal said...

insyaallah....kalau dh rezeki takkn kemana...;)

Cikgu Scya said...

tu lah sis. . memang la kalau rezeki tak ke mana. .tapi perasaan nak yang keterlaluan. . adesss. . semoga ada beita baik la kali ni. . hihi

CXopportunities said...

Hai sis. Cx sdg berjalan2 menggoogle tntg tanda hamil. Biaselahkan kite prmpn. Heheh cx perut kembung. Krem kaki. Dmm. Breast bgkk. Loya. Tp ntahlah. Mls nk cek upt. Tkt kecewa. Huhu so tgu jela due period for 5days more. Heheh anyway, 4feb is my birthday. Hrp sgt Allah bg berite gembira. :) amin.

CXopportunities said...

Hai sis. Cx sdg berjalan2 menggoogle tntg tanda hamil. Biaselahkan kite prmpn. Heheh cx perut kembung. Krem kaki. Dmm. Breast bgkk. Loya. Tp ntahlah. Mls nk cek upt. Tkt kecewa. Huhu so tgu jela due period for 5days more. Heheh anyway, 4feb is my birthday. Hrp sgt Allah bg berite gembira. :) amin.