Sunday, November 18, 2012

Memetik kata-kata Dato' DR Hj Fadzilah Kamsah, orang yang sering membanding-bandingkan dirinya dengan orang lain adalah mereka yang menghinakan dirinya sendiri.

Ternyata, intipati daripada kata-kata ini amat menarik perhatianku. Sebagai manusia biasa, yang lemah, yang mempunyai banyak kekurangan, seringkali kita cuba untuk membanding situasi hidup kita dengan orang di persekitaran. buka FB, kadang-kadang terkeluar di news feed: wahhhhh~ pic dengan suami dia. . wah dia g jenjalan kat sini, wahh, agak-agak dia beli kat mana baju ni. . wahh, perabot baru kot. .dll. .  

hanya mampu tersenyum apabila ada seorang teman di FB mengatakan betapa dia mencemburuiku, melihat kebahagiaanku, kehidupanku di muka buku. betapa seronoknya kehidupanku jika hendak dbandingkan dengan dirinya yang masih solo sedangkan usia kami sebaya.

Detik itu menyebabkan aku tersedar bahawa terdapat di antara mereka yang menginginkan kehidupan seperti aku sedangkan aku ?  aku yang kadang kala mengeluh dengan diri, rezeki dan tidak bersyukur dengan kebahagiaan yang diperoleh kini. 

kepada teman, seandainya kau terbaca diari miniku ini. . bersyukurlah dengan kehidupanmu kini. . tiada apa yang malu, tiada sesuatu yang buruk pun yang tercalit di diari hidupmu. sedarlah betapa bahagianya kau kini, cuma kau belum menyedarinya.

seperti aku yang tika dahulu , sering punya angan-angan yang sama seperti kamu. namun kini, baru aku sedar bahawa bahagianya kita jika kita tahu cara untuk menghargai diri kita seadanya, hargai persekitaran dan segala-galanya. tidak perlu mengikut rentak manusia yang lain kerana kita adalah kita. lebih dan kurang antara kita semua adalah berbeza.
 

No comments: