Thursday, October 18, 2012

. .A d a k a h. .

 sejak dua menjak ni, masa tidak begitu mengizinkanku untuk menjengah diari miniku ini. maklumlah dalam meniti detik-detik terakhir di IPG, terlalu banyak program yang perlu ku lunaskan. sebaga salah satu contoh yang terdekat, pagi tadi aku terlibat dengan persembahan untuk persaraan timbalan pengarah. ikhlasnya, aku cukup berbesar hati kerana diberi peluang tersebut. kemungkinan tiada lagi peluang sebegitu lebih-lebih lagi setelah bergelar guru kelak. untuk malam ini sahaja, aku baru sahaja menghadiri majlis makan malam bertemakan ' sedetik bersama, seabad terasa'. kesian suamiku. . 

'maafkan sayang abang kerana tidak punya banyak masa untuk meluangkan bersamamu. tidak terlintas di hati cumanya inilah sebahagian tugasku, inilah detik-detik terakhir yang cuba ku habiskan bersama-sama teman sekuliahku. semoga abang sentiasa memahamiku dan meredhaiku'. . 

pejam celik pejam celik sudah sebulan masa berlalu kan abang. sayang sudah mula membiasakan diri dengan ketiadaanya. kalau dulu rasa sedih sangat tak kira masa. tapi sekarang alhamdulillah, sayang sedar yang abang ada untuk sayang. mak abah & family, mereka semua sentiasa ada untuk sayang. sayang perlu kuat.

tadi sewaktu kita borak-borak kosong, hati sayang betul-betul tertanya-tanya apakah abang akan melupakan sayang satu masa nanti. .akan meninggalkan sayang satu masa nanti seperti kebanyakan pasangan yang lain. lebih-lebih lagi apabila kita masih belum punya zuriat. Nah! soalan terlontar. sayang sebenarnya berasa gerun untuk mendengar jawapannya. namun sayang lega setelah mendengar jawapan daripadamu abang. sayang harap abang akan mengotakan janji-janji itu hingga ke akhir hayat kita.

'kalau masa kapel dulu dah setia, apa lagi bila dah kahwin, lagi lah setia'

'abang takkan tinggalkan sayang'.

'apa yang abang nak sayang buat untuk buatkan hati abang selalu sayang kat sayang?'
tak ada apa-apa lagi. semuanya dah cukup/

ternyata hatiku lega! alhamdulillah, syukur Ya Allah!

No comments: