Thursday, September 27, 2012

Sambungan Ragam manusia


sebenarnya secara ikhlas, dan jujur. . aku sudah mulai memaafkannya. . kerana bagiku setiap manusia itu berhak berfikir mengikut kemahuannya dan kefahamannya. . siapalah kita untuk menghalang mereka daripada berkata-kata. . mulut tempayan bolehlah ditutup. . mulut manusia? namun apa yang menjadi kesalku. . siapalah kita untuk menetapkan takdir seseorang di saat dia sedang kesusahan. . 

ikhlas, rahimku memang lemah. . sepanjang 2 tahun usia perkahwinanku,  sudah dua kali jugalah aku keguguran. .bagiku, mana-mana ibu pun akan bersifat keterbukaan untuk berkongsi kegembiraan mereka. . salahkah aku untuk berkongsi rasa gembira itu dengan mereka yang menginginkannya? salahkah aku. tapi mungkin aku silap, benar juga pendapat si polan, tak semua orang gembira mendengar perkhabaran gembira kita. mungkin itu yang berlaku sebab dia jugalah yang telah menetapkan 'takdirku' ketika aku mulai bleeding.

'kalau dah start bleeding, selalunya bayi tu akan cacat ataupun gugur'

'kan aku dah cakap memang akan gugur. tulah, mak aku dan mak mertua aku pernah bagitau, benda kalau belum betul-betul jadi, jangan bagitau lagi orang lain. . sekarang tak jadi, kan dah malu'

Ya Allah, sampainya hatimu teman kerana berfikiran sempit begitu. . mengapa aku perlu malu? bukannya dosa yang ku lakukan. . itulah qada dan qadar. . dan aku menrimanya dengan redha kerana bagiku setiap yang tuhan tentukan pasti ada hikmahnya yang tersembunyi. . bukankah kau sebagai orang yang pernah berkongsi rasa gembira dan sedih itu perlu mendoakan kesejahteraanku dan ahli keluargaku. tanpa ku sedari, begitulah lancangnya pendapatmu terhadapku. . tapi mengapa kau tidak pernah menyatakan pendapatmu itu kepadaku. takut aku tersinggung rasa? marah? nak menjaga hatiku? maka sebab itu kau mengutarakan pendapatmu kepada teman yang lain. terima kasih teman. . terima kasih untuk 'doa'mu itu. . .

cetusan idea Scya J

No comments: