Wednesday, September 26, 2012

Ragam Manusia

pejam celik pejam celik , sudah hampir dua minggu 'dia' meninggalkan kami berdua. .kosongnya rasa hanya Allah sahaja yang maha mengetahui disebalik senyum dan gurauan ku di khalayak. . aku yakin semua ini adalah dugaan daripada Allah untuk menguji aku sejauh mana kuatnya aku untuk menghadapi ujian dari-Nya. aku redha. aku pasrah. kerana siapalah kita untuk menilai sebab musabab setiap kejadian yang ditentukaNya. suamiku juga beranggapan begitu dan Alhamdulillah, sokongan, gurauan daripada dia membuatkan hidup kami berdua kembali bahagia. . dan aku mulai tersenyum kembali. .si dia selalu mengingatkan aku, dalam susahnya kita, ada lagi mereka yang lebih sukar kehidupannya. Allah takkan menguji seseorang hamba itu lebih dari kemampuannya sendiri. 

' sayang jangan sedih-sedih. InsyaAllah akan ada lagi rezeki untuk kita. cumanya sekarang ni sayang kena banyakkan rehat je. lepas ni, sayang tak boleh buat kerja rumah kalau ada rezeki nanti. ambil iktibar. nanti bila dah kerja pun kalau ditakdirkan ada rezeki kita untuk dapat baby, sayang cuti tanpa gaji je dulu. .yang penting baby selamat.'

rasa nak tergelak pun ada bila difikir-fikirkan cadangan suamiku itu. amboih, cuti tanpa gaji. . ruginya rasa. .tapi apa-apapun manusia hanya mampu merancang, tapi Dia yang menentukan segalanya. buat masa ini, fokusku hanya ingin mengembalikan semula kesihatanku. . pantang apa yang patut & makan apa yang patut . . 

cumanya dalam hari-hariku yang kosong, tanpaku sedari, ada insan yang baru bergelar ibu telah mengeluarkan kata-kata sinisan tanpaku sedari, tanpa ku sangka-sangka. .

to be continued
cetusan idea Scya J

No comments: