Wednesday, September 19, 2012

14 September 2012-

sebagai manusia biasa, kita takkan lari daripada terus diuji. . inilah kehidupan. . dan aku sentiasa bersyukur, dalam ujian yang melanda, si dia tetap bersamaku. . memberikan kata-kata peransang walaupun ada tikanya aku terasa bersendiri. .

Ya Allah, di kala ini, hanya Engkau tempat aku berserah Mu ya Allah. . Engkau kekalkanlah jodoh antara kami berdua ya Allah setelah kau dekatkan hati kami untuk bersatu. . amiin 

pada beberapa hari yang lepas bersamaan 14 September 2012, lebih kurang dalam jam 2 pagi. .tidurku mula tidak lena. .aku seakan-akan dapat mengagak apa yang bakal berlaku berkaitan dengan bayi yang ku kandung. . serba-serbi tak kena. . sakit yang amat sangat. . suamiku sendiri bingung dengan perilaku ku. . baring, duduk, cangkung, meniarap semuanya terasa sakit. . lebih-lebih lagi apabila darah merah mula memenuhi pad yang ku pakai. . dalam harapan, aku mengaduh kesakitan. . sehingga aku terlupa impian untuk menjadi seorang ibu. .

dalam tangis, aku mula terimbau semula kata-kata Dr yang memarahiku kerana mengandung kali kedua dalam tempoh jarak yang agak singkat setelah gugur pada kali pertama. .  bagiku, anak itu suatu anugerah. . dalam tempoh perancangan, mampukah aku menolak seandainya Allah mengurniakan zuriat kepada kami berdua sekali lagi. . pada saat itu, aku mula membenci insan bernama DR kerana di saat kita memerlukan sokongan, untuk menyelamatkan zuriat yang dikandung, mereka sebenarnya tidak berhak untuk mengungkit-ngungkit kesilapan mengandung pada waktu yang tidak sepatutnya. .  siapalah mereka untuk mengarahkan aku mengambil pil perancang seandainya seorang zuriat pun belum berjaya aku peroleh. siapalah mereka untuk mengatakan aku tidak pandai merancang keluarga jika mereka sendiri pun belum berkahwin dan tidak tahu bagaimana perasaan dan keinginan untuk menjadi seorang ibu. .

akhirnya, pada pukul 4 pagi, kandungan yang selama ini rupa-rupanya telah mencecah usia 10 minggu telahpun gugur. dalam sakit yang mulai reda, aku menangis. suami hanya termenung. dan pada waktu itu, aku terasa terlalu sunyi. sunyi walaupun si dia ada di sisi. . hanya merenung cebisan daging yang berlumuran darah. tanpa berfikir panjang aku sendiri memandu ke hospital tanpa menghiraukan si dia. salahkah aku kerana  kerana di saat aku kesedihan, hatiku seakan kosong, tidak mampu menerima sebarang simpati walaupun daripada suamiku sendiri. . 

pada saat itu, aku tidak mampu untuk mengingat sebarang nasihat yang berupa ungkitan.

'Tulah dah cakap, kenapa mengandung awal sangat. sepatutnya berehat dulu setahun, baru buat anak.'

hati ini terlalu sakit sehingga tiada setittis air mata lagi yang turun. setibanya di hospital, MA meminta aku untuk menjalani urin test. berderau darah aku apabila melihat pad yang penuh dengan darah dan daging bersama kantung. hati mulai sebak. kerna terasa diri yang kerdil ini gagal sekali lagi. dan tiada sesiapa yang memahami perasaan aku untuk menjadi ibu. mereka mungkin risaukan keselamatan ku. tapi entahlah. .semuanya pandai bercakap, menasihat kerana tak kena pada batang hidung sendiri. melihatkan suamiku yang sudah setia menunggu di kaunter membuatkan aku sebak.

'terima kasih abang kerana sanggup menemani sayang di waktu sayang sukar. . terima kasih abang kerana tidak putus-putus memberikan kata-kata peransang di saat sayang hampir terjatuh menerima dugaan dari-Nya. terima kasih untuk segala-galanya!'

setelah scan dan menjalani prosedur yang ditetapkan, akhirnya aku di tahan di wad. aku diingatkan oleh nurse untuk menjalani scan and prosedur yang ditetapkan untuk kali kedua. pada jam 9 pagi, sekali lagi darah membasahi cadar dan bajuku. aku hanya mampu berdiam sambil mengumpul cebisan daging yang lebih banyak yang ada pada pad untuk diberikan kepada nurse. sepanjang dua hari di hospital, tiada setitis air matapun yang mengalir. . 

tetapi kini, air mataku mulai mengalir di saat hati ini benar-benar terasa kehilangan sambil menggosok perut yang kosong. . .

cetusan idea Scya J

No comments: