Sunday, December 16, 2012

bersama SHAKLEE lah pulak~

Rujuk title di atas. . Harap maaf ye. .Daku bukanlah ejen SHAKLEE dan sebagainya. . Hanya pembeli untuk keperluan diri dan family. . Maklumlah, tubuh badan kita pun memerlukan supplement. . Nak harapkan makanan yang kita makan tiap-tiap ari, belum pasti lagi. biasalah masakan orang melayu. .hehe. . Masalahnya produk yang ku order belum pun sampai. . makanya aku pun study sendiri lah tentang produk ni. ambil mood. .

oke, seperti entry  yang lepas. . antara set yang aku ambil dengan SHAKLEE adalah:

 set A ( kesihatan optimum): (cadangan kakak ipar)
-Vita-lea
-B-complex
-Vitamin C

set N (suami-isteri) (kehendak naluri sendiri)

-vitamin E
-Alfafa  


Disini aku ingin selitkan sekali apakah fungsi vitamin-vitamin yang ambil ini.

Vita-lea (30 tabs ) :
  1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
  2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
  3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
  4. Penting bagi prosess pertumbuhan.
  5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
  6. Melengkapkan nutrient yang kurang.
  7. Membantu penyerapan zat dari makanan.

B-complex (30 tabs) :  ( vitamin larut air)
  1. Menukarkan gula dalam darah kepada tenaga.
  2. Mencegah kelesuan dan kemurungan.
  3. Membantu kelancaran urat saraf.
  4. Mengelakkan stress.
  5. Mengelakkan sembelit. 
Vitamin c (30 tabs) :
  1. Membantu dalam meningkatkan imuniti badan.
  2. Membantu dalam penyerapan zat besi.
  3. Membantu dalam proses pemulihan sel, seperti luka.
  4. Membina kolagen untuk menguatkan dan menyegahkan tisu dalam badan.
  5. Menjaga ketahanan badan dari selsema.
  6. Menstabilkan bahan kimia dalam badan.

Vitamin E (30 tabs) : ( vitamin larut lemak )

  1. Melambatkan proses penuaan.
  2. Membantu jantung untuk mengepam dengan lebih efisyen.
  3. Membantu dalam penyerapan oksigen.
  4. Mencegah kanser.
  5. Mencegah kemusnahan vitamin A dan C.
  6. Sebagai antioksidan.


Alfafa (90 tabs) : (Tidak boleh diambil ketika HAMIL)
  1. Makanan yang mengandungi 8 enzim pencernaan dalam kuantiti yang secukupnya unutk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  2. Mengandungi 10 vitamin, 15 mineral, gentian dan amat kaya protein.
  3. Mengatasi sakit sendi.
  4. Membanyakkan susu badan.


Di sini, daku sendiri telah menyediakan jadual makanan vitamin-vitamin ini untuk DIRI SENDIRI memandangkan kesemua vitamin ini tidak boleh di ambil secara serentak.

pagi            : selepas sarapan ( 1 x Vita-lea  , 1 x B-complex )
tengah hari  : selepas makan tengah hari  ( 1 x Vitamin C  , 2 x Alfafa )
malam         : selepas makan malam ( 1 x vitamin e )

PERINGATAN:
-Vitamin e tidak boleh di ambil bersama alfafa. 
-Jangan ambil vitamin bersama susu.
-Vitalea boleh di ambil bersama vitamin c
-Lebihkan pengambilan air suami dalam rutin harian.
   
Yang penting kita usaha untuk menjaga kesihatan kita kan. . 
cetusan idea Scya J

No comments: