Tuesday, May 29, 2012

May 2012. . sunyi. .

Akhirnya bulan May sudah hampir ke penghujungnya. . sedar tak sedar,  hampir setahun kami hidup bersama sebagai suami isteri. . Alhamdulillah, aku bersyukur kepadaNya kerana menemukanku dengan kebahagiaan. .dalam keredhaanku menjadi isteri seorang anggota polis, terbit juga rasa rindu kepada keluarga, ingin habiskan masa bersama seperti waktu bujang dahulu. . .maklumlah, kerjaya polis bukan seperti guru, walaupun masa sekolah telah tiba, tapi si dia masih lagi sibuk bertugas. . ikhlasnya, aku amat sunyi. . .perlukan perhatian. .tapi salahkah aku punya rasa seperti itu. .aku tak pernah minta wang, harta benda yang mengaburi mata, aku hanya perlukan perhatian. . .tapi pastinya si dia wajar keletihan, kerana sibuk bekerja, outstation. . .

abang, sayang minta maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki. . . halalkan makan minum sayang. . . sayang bahagia dengan abang, tapi sayang perlukan seseorang yang dapat memberi perhatian kepada sayang. .maafkan sayang jika permintaan untuk pulang ke kampung mengguris hati abang. .tapi abang terlalu sibuk bekerja. .sayang tak mampu menunggu kepulangan abang seorang diri setiap hari, setiap masa. . .sayang sunyi, lebih-lebih lagi apabila keguguran tempoh hari. . .sayang tak nak beritahu sesiapa sebab sayang risau orang lain akan mengata sayang, mengada-mengada. . .biarlah sayang habiskan sedikit masa yang dengan keluarga sayang di kampung tapi ikhlasnya, sayang tak pernah menyesal memilih abang sebagai suami. . .sayang bangga dengan abang. . .
 
cetusan idea Scya J

No comments: