Sunday, July 15, 2012

16 JULAI 2012. . 12.10 a.m

hi peeps. . 

saya rindukan seseorang. . DIA

      tetibe je rasa nak melayan blog malam ni setelah agak lama meninggalkan dunia khayalan ni. . agak bersawang, tapi aku tetap menyayangi blog aku ni walaupun tak berapa nak havoc macam blog orang lain. . sebab dia adalah diari aku. .
     
     mcm mana dengan kehidupan korang? mesti bahagia je kan. .  terlalu banyak sebenarnya yang aku nak luahkan pada diari aku ni. . terlalu banyak. . LOL. . tapi mana mungkin kan sebab . . mana mungkin seseorang itu akan jujur. . terlalu jujur untuk meluahkan segala-galanya. . itu aku pasti sebab aku manusia seperti itu. . makanya tidaklah mustahil untuk orang lain sama seperti aku. . 

        aku sayangkan suamiku. . sebab dialah segala-galanya bagiku. . 
aku sayangkan suamiku kerana dengan dia aku belajar banyak perkara tentang kehidupan. . 

ada orang mengatakan bahawa jangan kita serahkan sepenuh hati kepada seseorang, bimbang kalau-kalau satu masa nanti, hati kita akan dihancurkan. . YA. . aku tetap bersetuju dengan pendapat yang tersebut tapi entahlah, untuk aku sendiri, sejujurnya aku mencintai suamiku sepenuh hati. . sebab dia adalah dia. . tidak sama seperti yang lain. . 



walaupun ada masanya ada dugaan yang melanda, hati aku tidak pernah sangsi kepadanya kerana aku kenal dia . . dalam hatiku, ku panjatkan doa, agar hatinya tidak akan berubah kepada yang lain. . beriku peluang untuk menghabiskan keseluruhan hidupku bersamanya. . bukankah bagi wanita, perkahwinan biarlah hanya sekali seumur hidup. .

ada masanya sejarah silam kami berdua kembali. . mengingatkan kisah silam itu ada kalanya agak mengguriskan hati antara kami. . sebagaimana dia tidak mahu mengetahui kisah silamku, samalah seperti aku. . namun siapalah kita, hanya manusia biasa, hanya bisa merancang. . dugaan yang datang benar-benar menduga kami berdua. . namun, Alhamdulillah suamiku tidak mudah melatah melayani kerenahku, salah fahamku bila mana kisah silamnya datang menghantuiku. . 

untuk mereka di luar sana, ketahuilah anda, hipokrit adalah sikap yang sia-sia sebenarnya. . tidak membawa keuntungan lebih-lebih lagi hipokrit anda itu nanti tidak bisa ditutup lagi. . jalinlah hubungan silaturrahim dengan kejujuran kerana itu bakal menemukan beribu hikmah. .

p/s: walaupun dah kahwin & pernah dingorat oleh mereka-mereka yang tidak mengetahui apa-apa, aku tetap isteri yang setia. . sentiasa setia untuk seorang suami bernama Kairul Azhar bin mat Zam. .Sesungguhnya cinta antara manusia tidak pernah kekal. . cinta kepada-Nya juga yang kekal abadi. .


No comments: