Monday, April 23, 2012

Hari Ini Kita Berpisah. . .

hari ini merupakan hari-hari terakhir yang bakal dihabiskan setelah banyak insiden yang berlaku sepanjang tempoh praktikum kali ni. sesungguhnya aku bersyukur kerana masih dikelilingi insan-insan yang menyayangi aku, mengambil berat pasal ku. .

persaingan dalam pengajian membuatkan hatiku bergolak, terlupakan kehadiran insan baru dalam hidupku sedangkan selama ini, dialah yang aku & suami nanti-nantikan. mungkin sudah takdir, 'dia' meninggalkan kami ketika usia kandungan mencecah 2 bulan . sedih tapi apalah daya. perkara lepas mana mungkin bisa diundur.

mungkin silap besar terletak padaku kerana terlalu aktif sedangkan awal kandungan, seharusnya ibu perlu banyakkan rehat. aku start bleeding pada 15 April 2012 (Ahad petang), namun kuendahkan kerana tidak mengalami apa-apa kesakitan. hari esoknya, aku dihantar ke Hospital Jerantut. ditahan wad namun ku tolak kerana terdapat penyeliaan bersama pensyarah dalam masa yang terdekat. lagi pula, itulah misi utama yang perlu aku selesaikan untuk praktikum kali ini. bleeding berterusan hingga hari Rabu yang akhirnya membuatkan aku akur untuk tinggal di Hospital Jengka kerana mengalami kesakitan yang amat sangat. jika diimbau kembali saat dia meninggalkan ku, sedih terasa tak dapat diluahkan dgn kata-kata. terasa hati ni disayat-sayat. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku kerana tidak menjadi ibu yang terbaik. . :(
cetusan idea Scya J

No comments: