Monday, September 10, 2012

Bleeding

sebagai manusia biasa, kita perlu sedar bahawa tidak sepanjang masa kita akan berada di atas. . seperti putaran roda, yang berubah-ubah putarannya. . kehidupan kita, segala-galanya. . . Allahu Rabbi adalah penentu segala-galanya. .kita sebagai hamba perlu sentiasa berusaha, berdoa dan bertawakal. . .

'Ya Allah, berikanlah aku kekuatan untuk berjuang demi zuriatku, untuk aku berikan yang terbaik kepadanya'

dalam tidak upaya, hatiku sentiasa terdetik. .merintih memikirkan nasib anak dalam kandungan. . adakah pengalaman pertama akan berulang lagi. . Pada 8 September 2012, secara tiba-tiba bleeding berlaku. darah ketul2 mula kelihatan. . dalam fikiran, kacau!. . mujur suamiku berada di sisi saat waktu kecemasan. . pada pandangan matanya, raut wajahnya amat jelas menunjukkan wajah hampa. .dan aku sedar, pada waktu itu, aku sendiri tak mampu memujuknya di saat diriku sendiri sebenarnya memerlukan kekuatan. .  

Ya Allah, di saat ini, aku memohon kepadaMu, berikanlah aku kekuatan. . kekuatan untuk terus kuat jiwaku.. hiasilah aku dengan sifat mahmudahMu. . kurniakanlah aku sifat redha seandainya sesuatu yang tidak diingin berlaku. . .  

alhamdulillah , kebahagiaan masih berpihak denganku. . berkat doa mereka yang sentiasa bersama denganku. . aku masih punyai harapan untuk berjuang menjadi seorang ibu. .cumanya dalam perjuangan yang dilakukan, aku belajar sesuatu tentang kehidupan. . manusia sering terlupa tentang sesuatu. .bilamana Allah menganugerahkan mereka sesuatu kelebihan, bersyukurlah kerana tanpa disedarinya. . mereka juga sebenarnya akan hilang sesuatu yang berharga yang sepatutnya ada dalam diri mereka iaitu adab dan dan sedikit sifat kesopanan. . yang akhirnya sifat riaklah kebanggaannya. . Nauzubillah. . 

mood: 2 minggu lg kna jumpa DR pakar. . .

cetusan idea Scya J

No comments: