Sunday, January 22, 2012

Sebenar-Benarnya saya

            alhamdulillah. . cuti raya cina untuk tahun 2012 sudah pun menjelang. . masih dipanjangkan umur. . di murahkan rezeki oleh Nya. . macam hari-hari biasa, sebagai seorang isteri kepada seorang konstabel, hidup seorang diri adalah rutin yang tidak dapat dielakkan. . namun walau ape pun, saya tetap bahagia dengan si dia sebab . . . sebab ape ekh~. . haha. .. tak tahu lah. . . tapi memang bahagia. . masa mula-mula kahwin dulu, memang rasa sempit sket. . maklumlah belanja untuk kahwin macam tak hengat dunia. . kadang-kadang rasa sedih bila mengenangkan ada segenlintir kawan-kawan yang agak materialistik suka membanding-bandingkan kebendaan  dsb. . . tapi my lurvely hubby always remind me. . SabaR. .  dan SabaR. . . dan inilah balasannya untuk mereka yang sabar. . . harta boleh dicari, tapi kewarasan dalam berfikir adalah yang terutama sebenarnya lebih-lebih lagi bila dah berumahtangga. .

              saya cuma nakkan kebahagiaan bersama mereka yang menyayangi saya, yang cintakan saya sepenuh hati. . dan kebahagiaan itu telah pun saya perolehi. . Ya Allah, berikanlah kewarasan dan yang terbaik dalam diriku untuk setiap langkah yang ku pilih. . .

Semester,

               untuk semester yang bakal berakhir ni, memang amat menduga saya. . . maklumlah nak kena buat proposal dan belajar dengan seorang pensyarah cemerlang, adakalanya membuatkan saya takut. . takut tidak dapat berdiri megah setanding insan-insan yang cemerlang yang lain. . baru tersedar dari lamunan, betapa banyak kehilafan selama saya belajar. . Melayu adakalanya mudah lupa. . haha. . tapi takpe, masih punya masa, saya akan buat yang terbaik . . takkan menoleh ke belakang lagi. . kerana saya tahu dan amat pasti, suami dan keluarga sentiasa ada di sisi. . hanya mereka sebenarnya pendorong saya. maka untuk apa lagi saya menunggu insan-insan terpilih untuk menjadi sahabat saya? tak perlu kan. . ?
Persediaan Praktikum; Sk Gelanggi 1, Jerantut
                 
            30 januari 2012 ni, akan bermulalah episod terakhir sebagai seorang guru praktikum. . 3 bulan akan cuba dihadapi dengan cemerlang. . saya pasti dan yakin, saya mampu dan boleh jadi cemerlang. . . sebagai hadiah, suami tersayang menghadiahkan laptop, printer dan hp baru. . . 

thanks bb~. . akan sayang kenang hingga akhir hayat sayang. . . bb lah yang teristimewa. . tak dilupakan kepada mak & abah yang sanggup bersusah payah bela nurul dari kecil. . jasa kalian tidak akan nurul lupakan . .nurul berharap nurul dapat balas jasa mak & abah secepat mungkin. . wahai masa, cepatlah berlalu. . agar waktu itu tiba. . 

err, nak kena tunjuk gambar ke barang2 pemberian suamiku?
TAK PAYAH LA

cetusan idea Scya J

No comments: