Wednesday, January 4, 2012

Manusia Hanya Merancang. . .

Kalaulah anda tidak mampu untuk menggembirakan orang lain, janganlah pula anda menambah dukanya." 
 
untuk sejenak, tiba-tiba terasa nak buat entry ni. . tak pasti apa yang nak diluahkan tapi untuk beberapa tika ni, fikiran ku asyik teringat & terfikir tentang seseorang. . yang nasibnya, hari-hari yang dilaluinya, serta apa yang membelengu fikirannya selama ni, mungkin berbeza dengan gadis-gadis di persekitarannya. . 

mungkin aku tidak punya pengalaman sepertinya, tetapi sebagai seorang kakak, hatiku turut bersedih dengan apa yang dilaluinya. .  . mungkin dia sedang menjalani masa sukarnya . . tapi apalah dayaku untuk membantunya. . hanya kata-kata peransang yang mampu ku ungkapkan. . . kerna itulah kewajipanku sebagai saudara seislam. . 
 
wahai 'adek'ku. . mungkin kau tak sedar, aku sentiasa memerhatikanmu kerna aku jua tempat kau mengadu di kala susahmu. .  aku masih punya adik2 yang sebaya denganmu. . sedarlah dan pandanglah ke hadapan. . jangan sesekali toleh ke belakang  dan merenung kisah semalam yang mendung. .  jangan toleh lagi. . lupakan dan cuba lupakan segalanya. . Allah sentiasa berada di sisi kita. . mohonlah kepadaNya agar diberikan ketenangan. . jangan gusar kerana inilah kehidupan. . dan jangan biarkan diri dibelenggu dengan bisikan-bisikan yang berbaur hasutan. . kita masih dan sentiasa diberi peluang untuk memilih dan merancang kehidupan yang terbaik. . semua manusia itu tidak sempurna. . dan mana mungkin matlamat hidupnya itu adalah untuk gagal. . tetapi dalam kehidupan ni, jika kita tidak merancang, itu adalah salah satu jalan untuk gagal. .

kalau ada apa-apa, im always here . .

2 comments:

Unknown said...

oo sapekah yang bertuah itu ek?

Cikgu Scya said...

kak ina, kalaulah mampu diungkapkan sapekah gerangannya. . dah lama scya buat. . hurm. .