Permudahkanlah perjalanan perhubungan kami..
Aku ingin menjadi isteri serta ibu yang solehah kepada dirinya dan bakal anak-anakku dengan si dia..
itu yang selalu menjadi bait-bait dari bibirku kepada yang maha Esa..
bukan aku tak pernah meletakkan harapan yang sama pada insan terdahulu yang pernah hadir dalam diriku..
tetapi apa yang pasti..dia lain..
dia membuatkan aku bersemangat untuk hidup..
untuk menongkah langit yang pernah diselubungi kegelapan..
aku bersyukur kerana tuhan mempertemukan kami..
semoga kebahagian untuk kami sentiasa menanti di mana saja kami berada..
tidak lama lagi, cuti semester akan tiba..
aku akan meninggalkan dirinya untuk beberapa ketika..
semoga tuhan sentiasa melindungi dirinya..
tidak lama lagi peperiksaan juga akan menjelang tiba..
Doaku dalam hati, semoga percintaanku kali ini mampu membawa tuah kepadaku..hahaha
semoga aku dapat menjawab peperiksaan dengan jayanya..
semoga apabila keputusan peperiksaanku cemerlang, ibu bapaku lebih berlapang dada untuk melepaskan aku bersama dengan si dia..=)
No comments:
Post a Comment