Setelah beberapa ketika menyepikan diri dari dunia blogger..
malam ini ternyata hatiku terbuka kembali untuk mencoret beberapa cebisan kata, menceritakan beberapa kisah..
aku bersyukur kepada tuhan kerana memberikanku kekuatan, kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan di muka bumiNya..
untuk beberapa hari ini, kisah cintaku sedikit terpadam dek kesibukan aktiviti sebagai pelajar..
namun begitu, ianya sedikit pun tidak membataskan ingatanku terhadap si dia..yeah, aku akui..cintaku padanya sentiasa mekar..ku Pohon pada Ya Rabbul 'Alamin, semoga panjangkanlah perjodohan kami berdua, berikanlah keberkatan kepada kami berdua..kami insan yang lemah, mudah melakukan kesilapan dan sentiasa perlu diingat..namun kami juga berhak menjalani kehidupan bahagia seperti insan-insan yang lain..hiasikanlah perjalaan kami berdua dengan cahaya rahmatmu..
untuk beberapa ketika, banyak perkara yang aku pelajari..
jadilah seorang individu yang mudah memaafkan kesilapan individu lain, kerana kebersihan hati mampu mengundang keberkatan dalam setiap perlakuan..semoga Allah mempermudahkan perjalanan hidupku..
jangan memperbesarkan kesilapan yang kecil, dan jauhkan diri dari pencemuh, kerana persekitaran mampu memberi impak yang besar kepada personaliti kita sendiri..
aku tidak mahu mengulangi kesilapan dulu..ku tidak mahu melibatkan diri dalam permasalahan orang lain..dan setiap cerita yang aku dengar, kanku pastikan tamat di dalam mindaku sahaja..YaAllah, jauhkanlah aku dari sebarang keaiban.jauhkanlah juga aku dari individu yang suka bercerita keaiban orang lain..
amiin..
No comments:
Post a Comment