Saturday, December 31, 2011

Usaha. . Berdoa. . .Tawakal. .

bak kata mereka-mereka yang bijak pandai. . 

Kehidupan ini dipenuhi dengan seribu macam kemanisan tetapi untuk mencapainya perlu seribu macam pengorbanan"

betulkan ? . .bukan mudah mencapai sesuatu yang indah dalam hidup melainkan perlu bekerja keras untuk memilikinya. . ataupun korbankan sesuatu yang kita sayang. . tidak ada apa yang senang jika kita mahukan sesuatu. . belajar pun susah. . kerja pun ada macam -macam ragam masalah. . duduk saje di rumah pun boleh dapat masalah. . .dan kadang kala manusia sering melihat sesuatu yang dimiliki oleh insan lain adalah lebih baik dari apa yang dimiliki sendiri. . kenapa erk. . ? adakah sikap azali manusia sentiasa mahu jadi yang terbaik. . ? betul kot. . 

tapi walau ape pun keadaan. . aku tetap bersyukur dengan kehidupan yang aku miliki sekarang. . pastinya akan ada sesuatu yang tidak kita ketahui tentang perjalanan hidup kita. . aku tidak akan sesekali menyia-nyiakan apa yang aku miliki hari ini kerna dengan hari ini, aku tahu aku bisa mengubah segala-galanya. . bisa mengubah sesuatu yang bakal tiba. . sama ada esok,lusa. . atau 10-20 tahun akan datang. . 

dalam hati ini, sentiasa terdetik apa yang bakal menjelang pada 2012 ini. . 

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang. . 

Ya Allah. . Lindungkanlah aku daripada insan-insan yang sentiasa suka berburuk sangka dan insan-insan yang suka mencari keaiban insan lain. . 
amin ya rabbal a'lamin

cetusan idea Scya J

2 comments:

Anonymous said...

InsyaAllah...amiin...semoga sentiasa mencapai kejayaan

Anonymous said...

semoga berjalan dengan lancar