Friday, December 9, 2011

Email 1

saat pandangan mata menghadap skrin lappy, fikiran mulai berputar teringat akan si dia. . sihatkah dia, sudah sembuhkah kesakitan di kaki. . makan pakai bagaimana. .  ingin walau hanya untuk seketika, jauh disudut hati sayang ingin pulang bertemu dengan sang kasih yang jauh di mata. . .namun janji telah dipatri. . sayang akan tunggu di sini menanti hadir dijemput. . .

hurm. . untuk seketika lagi, betapa bila aku mengimbas kenangan ketika bersama, betapa banyak kekhilafan yang aku lakukan . . sesungguhnya baru aku sedari aku seorang isteri yang masih punya banyak kekurangan . . 
benar kata orang, bila kejauhan akan mengajar banyak erti kehidupan. . betapa kita akan menghargai seseorang yang selama ini didepan mata. .menyedari segala kesilapan yang ada. .

bb, sayang minta maaf tau dari hujung rambut sampai hujung kaki atas segala salah silap sayang selama pernikahan kita. . . sayang berjanji akan menjadi isteri terbaik untuk bb dunia akhirat. . .kalau bb terbaca entry ni nanti, ketahuilah betapa sayang amat mencintai bb dan bersyukur kerana bb suami sayang. . sayang bangga punya seorang suami yang baik macam bb. . susah senang kita bersama tau. . tak kira walau apa pun dugaan menimpa. . . sayang akan tetap berada di sisi bb  untuk selamanya. . hanya maut memisahkan kita. .

bb, ingat lagi kan tentang event gamelan yang sayang terlibat baru-baru ni. . sayang berterima kasih sangat-sangat pada bb tau sebab tiba-tiba je buat keputusan untuk turut serta dengan event tu. . walaupun bb tak terlibat, tapi bb tetap membantu menolong kumpulan sayang . . sayang terharu sangat-sangat. . sesungguhnya, sayang bangga sangat dengan bb pada semua orang. . rasa tak terucap dengan kata-kata betapa terharunya sayang haritu. . .walaupun penat dan sakit-sakit badan, tapi bb sedikit pun tak merungut. . u're the best hubby in the world. . 

agak-agaknya, bb ngah wat ape lar sekarang kat sana. . sayang tak sabar sangat nak tuggu hari yang dijanjikan. . terasa lambat sangat masa berlalu. . haaa, terlupa, harini genaplah 6 bulan perkahwinan kita. . sedihnye rasa  sebab berjauhan. . huk3. . . lepasni sayang tak nak da duk jauh lelama ngan bb. . . tak nak daa. . . walaupun sayang seronok disini, tapi hati sayang, fikiran sayang tetap pada bb. . buat hati sayang sedih walaupun dibibir terukir senyuman. . .cuba memujuk hati agar bertahan menunggu hari yang dijanjikan. . tak sabar nak berikan perfume yang sayang belikan khas untuk bb. . sayang tahu bb kan suka bau yang lembut. . setiap hari sayang pegang perfume tu. . . hurmm. . 
.

klah cukup untuk malam ni. . nanti sayang update lg entry ye. . jaga diri. . papai

No comments: