agak-agak kalian tertanya-tanya tak di mana aku berada sekarang?~. . . entry lepas macam bawak diri jauh je kan. .haha
betul kata bidalan orang tua. . walau jauh mana pun sesorang itu berada , hati mereka tetap bersatu. . sentiasa merindu.. . bisikan kata hati pasti terasa , seirama dengan rentak nadi. . hemmm. . .
oke, aku flashback kejadian-kejadian yang lepas. . actually pada malam Jumaat yang lepas, aku merajuk sakan ngan bb entah sebab ape aku pon tak hengat dunia.. kalau kalian member fb aku, mesti perasan aku ade msg bonda suh call aku kejap. . (confirm la tak ade sebab aku da buka account baru. . .hehehe )
secara kebetulannya, bonda nak datang menjenguk aku ke Kuala Lipis. . (jap-jap. . korang tak tahu kan aku stay kuala lipis sejak nikah. . ?:p). . niat di hati nak ikut bonda balik kampung. . biar tinggal bb kat rumah sensorang. . nak jadi cerita , baru je bonda call, bb pun balik dari pejabat and dengarlah rayuanku untuk ikut bonda balik kampung. . . apa yang aku perasan, bb terus senyap. . tak bercakap walau sepatah denganku sejak pulang dari pejabat. . pelik. . patutnya aku yang merajuk, sekarang apa yang jadi ni. . adesss. . dush2!. .
tapi aku kuatkan hati. . tabahkan segala-galanya untuk teruskan perasaan rajuk yang semakin mengurang. . jangan. . . jangannnnn. . .jgn tukar fikirannnnnnn. . . .
keesokan harinya.. bonda & adek bonsu aku sampai. . gembira bukan kepalang. . maklumlah dah lama tak jumpa kan. . yang pasti, suamiku dah keluar rumah sebelum mereka sampai. .sempat lagi aku pesan kepadanya supaya belikan ais. . respon sang suami: ~ senyap ~
selepas pulang dari kedai. . juga sama namun bb still layan family ku dengan mesra. . dengan aku pun sama. . bonda ada berseloroh dengannya. .
bonda: boleh ke nak amik nurul bawak balik. . nurul da mintak izin belom dengan kairul. . bukan ape , tak nak nanti tak sedap ati je lepaskan nurul balik ni. .
bb: (sambil memandang wajahku) dia da bgtau da. . boleh je. .
aku meneruskan aktiviti harian, memasak, mengemas , melayan ahli keluarga yang datang seperti biasa. . cuma apa yang aku perasan, ada kalanya bb memandangku tanpa bercakap apa-apa. . kenapa erk? mungkin perasaan aku saja. .
tibalah hari yang ditunggu-tunggu, bonda bertanya lagi kepadaku. . betul ke boleh ikut balik. . kairul nampak senyap je. .
aku still yakinkan hati dan bondaku yang suamiku melepaskan aku untuk pergi. . aku sempat lagi berseloroh dengannya yang aku nak pergi dah ni. . jangan jeles. .
respon. . dia hanya memandang aku. .dan meneruskan aktivitinya (main game di fb). . tiada respon marah . . cuma pandangannya tampak sayu. . dugaku mungkin tersilap. . tapi. . . . hemm, biarlah. .
aku dan bonda terus berbincang sesuatu.. agak-agak kalian ape erk ?. . . huhu. .surpriseeee~
hinggalah waktu untuk beransur pergi. . aku turun dahulu ke kereta untuk meletakkan barang. . suami dah berada di kereta. . baru je aku cuba mendekatinya, dia terus masuk kereta untuk menukar parking, biar senang nanti bonda nak keluar dari kawasan parking tu. . aku perhatikan saja dan cuba lagi untuk mendekatinya. .
dia tampak termenung dan cuba mengalih perhatian dari memandangku. . akhirnya dia keluar juga dari kereta dan tanpa memandangku, dia bertanya. . bila balik?. . jawabku: not sure. . kami membisu seribu kata. . sehinggalah bonda tiba. . aku terus masuk kereta selepas menyalaminya. . sebak juga sebab tidak pernah berpisah dengannya selama ni selepas nikah. . yang pasti pandangan mata kami sempat berpaut menerusi cermin sisi kereta. . redup saja pandangan matanya. . membuatkan hatiku hiba. . siot je kan. .
bonda ku mengajak aku ronda-ronda bandar kuala lipis untuk membeli sedikit barang. . rupa-rupanya barang-barang keperluan dapur aku. . thanks mom..u're the best mom in the world. .
dengan barang-barang yang dibeli bonda, aku menaiki semula anak tangga . . agak-agak terkejut tak dia melihatku. . ? tuhan saja yang tahu perasaan ku saat itu. . aku terus membuka pintu dan mencari kelibatnya. . dia agak terkejut melihatku dan tercari-cari kelibat yang lain. . dan akhirnya dia tersenyum. . 'sayang tak boleh tinggalkan abg sorang-sorang ekh?' aku malu sambil menjawab. . 'eleh padahal bb yang sedih. . bb takut kan sayang tinggalkan bb sensorang kat cnie'. . suamiku terus tersenyum dan memelukku. . . ' lagi seronok kalau kita balik kampung same-same , kan?'. . aku tersenyum lagi mendengar kata yang tidak diduga itu. .
- THE End-
p/s: sebelum melakukan apa-apa, minta dulu izin suami ye kawan-kawan
No comments:
Post a Comment