Thursday, November 17, 2011

s en y um da n ter u s l ah t e r s e n yu m. . .

Alhamdulillah, setelah beberapa hari jiwa kacau dek exam yang telahpun kunjung tiba. . akhirnya, terlerai sudah rantai besi yang menjerat~..lega sesangat. .fikiran pun rasa ringan je sebab dah tak ade tekanan lagi. . boleh la bersantai dengan damai yang amat-amat di rumah untuk beberapa ketika. . hehe

Seperti biase, menjenguk blog sudah semakin menjadi sebati dengan diriku kini, mungkinkah ia teman kedua ku selain sang cintaku~. . ? ataupun mungkinkah ini adalah tanda-tanda aku akan meninggalkan mereka yang amat-amat aku sayang~? . .meninggalkan mereka dengan beberapa titipan terakhir buat mereka agar mereka terus mengingati diriku. . Wallahu'alam. .sesungguhnya hanya Allah sahaja yang maha mengetahui segala yang tersembunyi dan segala apa yang tersirat. .

dalam banyak-banyak insan dipersekitaranku, bondaku adalah insan yang juga selalu berkongsi rasa. . bonda selalu berpesan.. . . pentingkan kebahagiaan kita dahulu , apa yang buruk dan baik untuk kita dahulu. . barulah fikirkan orang lain. . ucapkan lah Alhamduillah setiap nikmat yang diberi-Nya dan ucapkan juga Alhamdulillah walaupun ketika menerima saat-saat yang getir. . terima baik dan buruk dengan perasaan yang terbuka. . sesungguhnya Allah itu maha mengetahui dan setiap perujian yang diturunkan-Nya tidak akan melebihi daripada kemampuan seseorang. . .Ya Allah aku bersyukur kerana hingga ke tahap ini, aku masih mampu memikul segala ujian yang kau berikan padaku. . aku masih belom goyah walaupun telah banyak kali dijatuhkan. . Alhamdulillah Ya Allah. . ~Allahu Akbar!. . 

oke, ingat tak lagi tentang entry sebelum ni 'Kasih Ibu Part 1' . .malam ni aku nak sambung semula tentang yang itu. . kebahagiaan tidak akan bergolek sendiri, begitu juga dengan kejayaan. . selagi kita berusaha untuk dapatkan apa yang kita mahukan, InsyaAllah. . kita akan berjaya memperolehinya. . begitu juga dengan jodoh. . setelah berusaha, tawakal dan berdoa lah agar apa yang diusahakan itu diberkati-Nya. . apa kaitan dengan 'Kasih Ibu Part 1'. . 
kisah ini mengingatkan aku tentang satu kisah percintaan yang tidak berakhir dengan kebahagiaan yang hakiki. . perhubungan yang terputus di tengah jalan membuatkan masing-masing mencari haluan sendiri. .sakitkan ? aku tahu pastinya luka itu teramat dalam kerana aku pun pernah mengalaminya. . apabila percintaan yang diimpikan diharapkan menjadi suatu kenyataan. .untuk sehidup semati dengan insan yang amat kita cintai. . tanpa mengetahui apakah salah kita. .   namun percayalah. . Allah tidak akan sesekali menguji seseorang melebihi batas kemampuannya. . pasti ada hikmah disebalik itu. . aku juga bersyukur kerana jika bukan kerana kisah semalam itu, aku takkan memiliki seorang insan yang amat-amat menghargai diriku. . yang amat-amat menyayangi diriku. . 

berbalik kepada insan td. . akhirnya kedua-duanya berkahwin dengan pilihan masing-masing. . salah seorang di antara mereka kini alhamdulillah kerana dikurniakan keluarga yang bahagia. . namun nasib tidak begitu menyebelahi untuk insan yang seorang lagi. . berada di perantauan. . berjauhan dengan keluarga. .tidak tahu di mana bertapaknya dia di bumi Allah ini. . wahai insan. .ingatlah bondamu yang amat menyayangi dirimu. . aku turut hiba tatkala mendengar rintihan wanita yang amat-amat merindukan anak gadisnya. . turut sama menantikan perasaan bahagia yang bakal menimang cucu..tapi di manakah dia??



p/s: semoga dibukakan hati gadis ini untuk pulang ke pangkuan keluarga. . sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui apa yang tersurat dan tersirat. . siapakah mereka yang aku ceritakan ini, biarlah menjadi rahsia yang akan ku semat dalam sanubari . .

No comments: