sekarang, jam menunjukkan tepat pukul 10.25 malam. .mood untuk study masih belum tiba kerana terlalu kekenyangan. Alhamdulillah rezeki Allah tidak kita ketahui, dah hujung-hujung bulan ni, semakin murah je rezeki. . .rezeki suami. .lepas makan-makan, duk lepak kat pejabat temankan suami sebentar. . banyak perkara yang kami sembangkan. . .betul-betul banyak, serius tak tipu. . . antara topik yang menarik perhatianku adalah ragam manusia. . .hem. .
The fact is whatever you do, good or bad, people will always have something negative to say.
betulkan? ? kawan yang pernah berjanji sanggup hidup susah senang sama bersama pun mungkin tidak dapat mengotakan janjinya. .apatah lagi, insan-insan yang berada dipersekitaran kita, yang tak pernah makan semeja, yang tidak pernah menyapa apatah lagi tahu nama sebenar kita. . .
suamiku sering mengingatkan kawan yang benar-benar kawan tidak mungkin akan mencari kita diwaktu dirinya kesusahan. . .tidak mungkin akan bersama kita untuk bercerita cerita-cerita panas. . .akan cuba menyaingi kita secara positif, dan akan cuba memahami kita ketika kita dilanda kesukaran. . .akan cuba menenangkan perasaan kita dengan meletakkan dirinya di dalam situasi yang kita alami. . .juga berkongsi ketika saat dia bahagia. . .
aku menangis lagi . . .dalam ketenangan malam tadi, aku terfikir, dan terus tercari-cari siapakah kawan yang sanggup bersusah payah, berkongsi rasa sukar dalam kesempitan hidup. . semuanya pengujian dari Allah. . .Aku redha. . dan aku bersyukur kepada mereka yang mencari keaiban ku kerana dengan cara itu, aku sedar aku masih punya banyak kelemahan. . .dan mungkin aku silap kerana cuba berkongsi rasa pada mereka yang tidak yang sepatutnya. . yang bukan sahaja tidak mampu meletakkan empati bahkan juga simpati. . . sebab, mereka adalah mereka. . .dan aku adalah aku yang telah pun terikat dengan perhubungan sebagai seorang isteri kepada seorang insan bernama Kairul Azhar Mat Zam. . .
tetapi aku tidak pernah menyesal bahkan aku bersyukur, kerana Allah mengurniakan aku seorang teman yang amat setia di sisi. dialah suamiku. . suami yang banyak mengajarku erti ketabahan dan juga sering memujukku di satku kelukaan. . .
kepada mereka yang pernah berkongsi rasa bahagia dengan Icha untuk beberapa ketika dulu, icha ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana pernah bersama susah senang dengan icha. . banyak bantu Icha sewaktu dalam kesusahan. . jika Icha ada berbuat khilaf selama perhubungan kita semua, maafkan Icha. . dari hujung rambut hingga hujung kaki. halalkan makan dan minum selama ni. . halalkan segala percakapan yang menyakitkan hati. . halalkanlah segala-galanya. . .
mungkin semua ini, aku hanya dapat luahkan hanya sekadar di dalam diari hatiku. . tak mungkin terluah lagi sebab kita tidak serapat dahulu. .hidup antara kita sudah semakin besar jurangnya.
wahai suamiku, jauh di sudut hatiku, berjanjilah padaku,dengan jiwa ragamu. .hatimu. .pandanganmu dan kasih sayangmu hanya untuk ku buat selama-lamanya. .tidak mungkin akan berubah walaupun saat tersebut pun mungkin bakal tiba. .
No comments:
Post a Comment