Tuesday, November 15, 2011

h a d i a h m i s t e r i? ? ? s i a p a k a h ? ? . . .

di kanan itu madumu..di kirimu itu racunmu..lalalalalala~ 
secara tiba-tiba lagu itu menjelma di minda dan aku tersenyum sendiri. . .mengapakah? ?. . . 


aku bukanlah seorang pencerita yang ceritaku mampu mencuit hati sesiapa. .sekadar ingin berkongsi dengan kalian bahawa hidupku ada warna-warninya yang membuatkan aku sendiri terfikir mengapa suamiku begitu ye?. . . fikir dan fikir. . cemburukah dia? ? ^________^ mungkin. .


beberapa hari lepas, ada seorang teman menyampaikan sebungkus hadiah buatku namun siapakah gerangan empunya hadiah tidaklah diketahui. .kebetulan aku otw ke kuala kubu menemani suamiku menjalankan tugasannya teruslah membuka hadiah. . balang kuih yang cute. .terima kasih kepada siapa yang memberi itu. . namun kegembiraan tidak kekal lama bila suamiku menyangka hadiah tersebut daripada bekas kekasih lama. . alahai. . mana mungkin wahai sayang. . 


yang membuatkan hatiku tercuit apabila suamiku tidak membenarkan aku menggunakan balang tersebut kerana risau ada jampi2 kehape kejadah. . aku hanya mampu tersenyum dalam hati kerana riak wajahnya menunjukkan betapa dia tidak begitu menyenangi dengan hadiah misteri itu. .setibanya di rumah, sedang aku bersantai-santai di kamar tidur, tiba-tiba sahaja bunyi kaca pecah..'PRAAANNKKKKK'. .menggelabah lah aku kerana risau. .


namun kerisauan itu berubah menjadi tanda tanya, apa yang sedang dilakukan oleh suamiku sebenarnya. . selidik punya selidik, rupa-rupanya dia ingin menyorokkan balang tersebut atas almari, secara tidak sengaja balang terjatuh dari atas almari. . ish ish ish. .


wahai suamiku yang budiman, mana mungkin hatiku bisa berubah untuk insan lain setelah kau bajai aku dengan kasih sayang dan keikhlasan yang tidak terhingga. .  kau adalah kau. . .tidak mungkin dapat digantikan oleh sesiapa lagi . .promise~!. .


sehingga kini masih lagi tertanya siapakah empunya hadiah. hemm. . .

No comments: