Sana - sini orang menyebut tentang azam tahun baru. Tahun yang bakal menghamparkan liku-liku jalan yang berbeda-beda. Apakah tahun 2010 sama sahaja dengan tahun 2011? Kehilangan seseorang yang tidak mampu kita luputkan dalam ingatan. Apakah hidup kita sentiasa berseorangan kelak nanti hidup kita bakal berduaan? Apakah nilai hidup dan perspektif hidup akan berubah sejajar dengan proses kehidupan yang sentiasa berubah. Mampukah kita?
Tahun baru itu hanya angka. Tahun ini dan tahun sebelumnya sama sahaja. Tiada beza. Hari, minggu dan bulan yang akhirnya menghimpun tahun. Azam dan cita itu letaknya pada usaha dan tekad untuk berubah. Berikanlah seribu tahun untuk menukilkan seribu azam, namun seandainya tidak terpasak usaha dan peluh keringat untuk menjayakannya, sia-sia sahaja ia terbang dan melayang di udara seperti lalang.
Ada orang hidup selama 70 tahun tetapi masih belum menemui 'suluh' cahaya hidupnya. Hidup selama 70 tahun membuang masa, hanya mengutip 'kerikil – kerikil' batu dan bukannya batu permata jauhari. Tetapi, ada orang hidup setahun jagung, berpuluh-puluh kali menemui suluhnya. Suluh: Kesedaran untuk berubah. Ironi bukan?
Kita lupakan azam yang agak impiana seperti mahu menguruskan badan atau impian untuk berhenti merokok, kerana bertahun-tahun tidak mempu menjayakannya. Mari kita sematkan azam-azam yang kecil tetapi impaknya bakal menguak 'jendela' baru dalam hidup kita.
~ Katakan tidak kepada tabiat membuang masa. Hormatilah waktu. Kerana waktu itu usia kita.
~ Membacalah sepanjang hidup kita. Membaca mengeluarkan mutiara - mutiara kebijaksanaan.
~ Ucapkanlah terima kasih setiap masa, dan ungkapkanlah dengan tulus ikhlas.
~ Jagalah agama kita. Manalah tahu kiranya hidup kita bakal terhenti pada tahun baru ini.
No comments:
Post a Comment