setelah beberapa hari meninggalkan dunia blogger, malam ini akhirnya aku menghadap semula lappy kesayanganku..banyak memori suka duka yang ingin aku titipkan lagi, yang pastinya mampu menggamit kebahagiaanku..
petang tadi, selepas makan2, kekasih hati telah melamarku untuk menjadi permaisuri hatinya..dalam perancangannya, inyaAllah kalau xde aral melintang, si dia mengajakku untuk bertunang, dalam hatiku tidak dapat digambarkan betapa sebaknya hatiku apabila melihat keikhlasan dirinya..
Ya Allah, ampunkanlah segala dosa si dia..murahkanlah rezeki si dia ya Allah, tutupkanlah keaiban si dia..Ya Allah, panjangkanlah dan permudahkanlah perjodohan antara kami berdua Ya Allah..amiin
pergilah jauh2 wahai kisah silamku..
jangan 'kau' datang lagi mengganggu kebahagiaanku..
No comments:
Post a Comment